Selamat datang ke Surau Al-Makrifah! Surau Al-Makrifah adalah surau yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan nombor pendaftaran JHEAINS 196(04)PAIDS.753/302. Terletak di Lot 15211, Kampung Kubang, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Surau Al-Makrifah adalah sebuah institusi penting bagi komuniti setempat dan berperanan sebagai pusat kegiatan keagamaan dan sosial.
Surau Al-Makrifah bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, tetapi juga aktif dalam menganjurkan program keagamaan serta terlibat dalam agihan sumbangan kepada asnaf. Kami juga turut mengadakan majlis berbuka puasa DapurFEST! setiap tahun sebagai salah satu program mega yang dijalankan.
Surau Al-Makrifah berada di bawah naungan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan.
Kami mengalu-alukan semua orang untuk menyertai kami dalam segala program keagamaan dan aktiviti sosial yang kami anjurkan. Terima kasih atas sokongan anda kepada Surau Al-Makrifah!