Pagi ini di
Kampung Air Puteh, Kemaman. Innalillahi wa inna ilaihi rajiāun. Saya amat hiba
melihat ujian yang menimpa penduduk kampung ini.
Pasukan Universiti Sains Islam
Malaysia – USIM hari ini berada di rumah ibu Pengarah Keselamatan
USIM, Kapten (B) Abdul Wahab Mat Zin dan esok insya-Allah mereka akan membantu
bagi membersihkan SK Air Puteh.
Saya
menyampaikan sumbangan khas daripada Pejabat Ahli Dewan Negara kepada 20 buah
keluarga, juga kepada Masjid Kampung Air Puteh. Jumlah keseluruhan sumbangan
dianggarkan RM4,000.