
Dalam usaha menghidupkan bulan Ramadhan (ihya’ Ramadhan) yang bakal menjelang, Surau Al-Makrifah berhasrat untuk membuka tabung sumbangan IKHLAS RAMADHAN yang akan dimanfaatkan untuk 6 komponen penting iaitu:
I- Iftar
Menyediakan jamuan iftar untuk orang ramai sepanjang bulan Ramadhan
K- Kebajikan
Bantuan barang makanan asas, baju raya, duit raya dan lain-lain untuk mereka yang memerlukan
H- Hadiah
Edaran hadiah berupa buku-buku agama kepada orang ramai bagi menghidupkan budaya ilmu dalam bulan Ramadhan
L- Lailatul Qadar
Program khas persediaan 10 malam terakhir merangkumi pengajian dan ibadah.
A- Al-Qur’an
Agihan al-Qur’an dan program tadabbur al-Qur’an secara harian di media sosial
S- Sedekah
Infaq khusus bagi program-program dakwah Surau al-Makrifah
Program ini yang dijenamakan semula daripada “DapurFEST!” telah dilaksanakan dengan jayanya buat 2 tahun berturut-turut, lengkap dengan laporan kutipan dan agihan.
Bagi tahun ke-3, kami mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM200,000. Tabung maya akan mula dibuka pada hari Ahad ini (18 Februari 2024).
Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-Nya yang IKHLAS dalam melaksanakan ibadah.
The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.