Tentang Kami

Surau Al-Makrifah telah ditubuhkan pada April 2021 dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan nombor pendaftaran JHEAINS.196(04)PAIDS.753/302. Surau ini telah mula bergiat aktif dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan kebajikan terutamanya majlis ilmu dan agihan sumbangan kepada golongan asnaf bagi membantu meringankan beban kehidupan mereka.